+60 111-684 0717 PROJEK ONLINE SHOP
Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, March 15, 2016

SALAM PERKENALAN DARI PROJEK ONLINE SHOP

2:43 AM

Share it Please

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


السلام عليكم




Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan waktu untuk mengaktifkan diri dalam membuat Blog Projek Online Shop kesinambungan dari Blog Zul Fattah yang asal. Blog ini merupakan blog yang ke 3 bagi aku sendiri. Blog yang pertama ialah Blog Penulisan Zul Fattah iaitu sebagai blog official aku. Blog yang kedua ialah Blog Projek Sunnah iaitu sebagai medium untuk aku menjalankan bisnes Mekaray Ventures di situ dan segala info tentang pemakanan sunnah Rasulullah ada di dalam itu. Untuk blog yang ketiga ialah blog ini iaitu Blog Projek Online Shop yang akan dijadikan sebagai medium untuk sampaikan ilmu tentang perniagaan online yang aku jalankan. 

Selama ini, banyak menghabiskan masa dengan facebook page dan buat secara dropship melalui instagram. Akhirnya aku buat keputusan untuk gabungkan semua bisnes yang aku jalankan di dalam satu blog, iaitu Projek Online Shop. Setakat ini, aku ada bawa 2 produk untuk di ketengahkan dalam blog ini iaitu Jam Tawaf Iftinan, Produk Kecantikan dari Ayesha Beauty dan Produk Kesihatan dari Mekaray Ventures. Ketiga-tiga perniagaan ini, aku lakukan secara Dropship.

Diharap dengan adanya Blog Projek Online Shop ini, akan memudahkan lagi peminat jam tawaf, pengguna produk kesihatan, blogger-blogger, dan pembaca semua untuk menambah ilmu dan memilih mana yang terbaik untuk dijadikan sebagai koleksi ataupun untuk diguna pakai. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam, tetapi akan aku pastikan blog ini akan terus hidup dan sentiasa ada entry-entry terbaru dari semasa ke semasa.

Dalam rangka untuk membuat jenama jam tawaf sendiri dan produk kesihatan sendiri, ini merupakan step yang pertama yang perlu aku tempuh. Kejayaan tidak akan bermula tanpa langkah pertama kan? So, inilah langkah aku untuk berjaya dalam perniagaan aku.

Sekian...

0 comments:

Post a Comment